ALATAN DAN BAHAN ASAS PRODUK SKINCARE HOMEMADE

PERALATAN & BAHAN ASAS UNTUK BUAT PRODUK SKINCARE HOMEMADE.
.
Ada yang tanya Kak Yuyu susah ke buat produk skincare ni ?
.
Ni bukan lah sains tulen atau kimia yang komplikated yang susah sangat nak paham, as long as you all sanggup nak belajar dan bersedia untuk hands-on ! Sape sape pun boleh buat.
.
Ohh..macam tu.
Haah..macam tu lah...as simple as a, b, c
.
Cuma satu je , korang jangan lah belajar dari Youtube bagai yang buat DIY tu. Nak belajar mesti dengan cikgu yang PRO. Cara DIY tu tak profesional dan ukuran pun tak standard. Guna sudu lah , cawan lah . Sudu dia dengan sudu kita mungkin berbeza dari segi saiz dan ukuran.
.
Cara ukur dan timbang tak ikut standard . Nama bahan pun tak standard.

Contoh : pemekat pada dia mungkin tak sama dengan pemekat yang kita beli.
Jadi cara standard guna INCI name, satu nama standard untuk semua bahan kosmetik.
.
So apa peralatan yang perlu ada ?

Dari segi peralatan, korang tak perlu apa-apa yang mahal. Korang boleh mulakan dengan peralatan dapur / peralatan lab rumah yang mudah.

Sebagai contoh , perlu ada:

• Penimbang digital.
• Termometer.
• Beberapa Double boiler / bekas tahan panas(beakers), periuk kecik.
• Pengisar elektrik. ( Stick Blender).
.
Bahan mentah yang diperlukan pule :

Dari segi ramuan, Kak Yuyu syorkan korang mula buat produk dengan cara mudah dulu. Mulakan hanya dengan beberapa bahan, tapi boleh buat pelbagai jenis produk.
.
Mulakan dengan minyak pembawa murah yang sangat manfaat untuk kulit. Ini bolehkan korang berlatih , belajar dan tidak bazir kan bahan yang mahal.

Mula dengan:

• 1-2 pengemulsi (emulsifier)
• 1 pengawet.
• 1 antioksidan (Vitamin E).
• 2 penstabil (alkohol cetyl dan xanthan gum).
• 1 humectant (gliserin).
• 1 wax (lilin atau alternatif lilin yang vegan).
• Beberapa minyak pembawa asas (contohnya sweet almond, bunga matahari, kernel aprikot).
• Beberapa minyak pembawa specialist (contohnya alpukat, makadamia, rosehip, biji raspberi, Evening primrose.
• Beberapa butters (contohnya shea dan koko).
• Beberapa minyak essential (korang boleh mulakan dengan 3 - 5 jenis minyak essential.

Harap korang paham lah ye. Jangan ingat kat rumah tak boleh nak buat sendiri skincare. Kat rumah lah lebih selamat sebab kita tahu apa bahan yang nak masukkan dan tahu fungsi untuk rawat masalah kulit apa.  😊


Comments

Popular posts from this blog

HOMEMADE TAKDE KKM TAPI SELAMAT